Skip to main content
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Notis Privasi


  1.  Notis Privasi ini menyatakan cara Eco World Development Group Berhad, anak syarikat, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat gabungan dan usahasama serta wakil mereka (secara kolektif, “EcoWorld”) mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda berkenaan transaksi dengan EcoWorld.
  2. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma “kami” merujuk kepada mana-mana syarikat atau wakil dalam EcoWorld dan terma “anda” merujuk kepada anda dan/atau individu lain atau syarikat yang anda wakili dan memberi maklumat Data Peribadi.
  3. Dalam Notis Privasi ini, “Data Peribadi”, “mengumpul”, “menggunakan”, “mendedahkan” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa) dan peraturan, piawaian, garis panduan, notis dan/atau amalan yang dikeluarkan di bawah akta tersebut.
  4. Data Peribadi sedemikian yang anda mungkin berikan dan bekalkan kepada EcoWorld termasuk maklumat mengenai butiran peribadi anda (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan), butiran perhubungan dan mana-mana maklumat lain berkaitan yang anda telah dedahkan kepada EcoWorld bergantung kepada sifat urus niaga atau transaksi (dikemas kini dari semasa ke semasa).
  5. Sepanjang masa anda berurusan dengan EcoWorld, anda mungkin telah membekalkan Data Peribadi anda kepada EcoWorld dan dengan berbuat demikian, anda mengakui dan mengesahkan bahawa Data Peribadi yang dibekalkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan seterusnya bersetuju dan membenarkan EcoWorld untuk mengumpul, mengguna, mendedahkan, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda. EcoWorld, pegawainya dan/atau pekerjanya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini yang dibekalkan oleh anda.
  6. Sekiranya anda membekalkan atau memberikan kepada EcoWorld sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, cth. maklumat pasangan, anak, ibu bapa, pengarah, pemegang saham dan/atau penjamin (secara kolektif “Orang Berkenaan”) anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada Orang Berkenaan untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada EcoWorld dengan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan untuk EcoWorld mengumpul, mengguna, mendedah, memproses dan menyimpan Data Peribadi mereka untuk tujuan berkenaan.
  7. Walau bagaimanapun, EcoWorld tidak perlu membuat pengesahan terhadap kesahihan dan kesempurnaan Data Peribadi yang anda bekalkan dan EcoWorld berhak untuk menganggap Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  8. EcoWorld mengumpul Data Peribadi anda dalam pelbagai cara, dalam bentuk bercetak atau elektronik melalui platform digital dan mudah alih, seperti:
    1. apabila anda / wakil anda mendaftar atau mengemas kini profil dalam talian atau apabila anda / wakil anda melengkapkan atau mengemas kini maklumat anda dengan EcoWorld;
    2. apabila anda / wakil anda / majikan anda menyerahkan borang yang dilengkapkan, permohonan (termasuk permohonan kerja) dan/atau dokumen kepada EcoWorld;
    3. apabila anda membuat sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    4. apabila anda membuat pembayaran yang berkaitan dengan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    5. apabila anda / wakil anda berkomunikasi dengan pekerja EcoWorld;
    6. apabila anda mengunjungi premis kami, cth. galeri jualan, pejabat, atau unit pameran, melalui sekuriti atau rakaman CCTV;
    7. melalui pilihan peribadi anda semasa melayari laman web EcoWorld, akaun media social, platform mudah alih yang dikendalikan atau diuruskan oleh EcoWorld;
    8. apabila anda menyertai peraduan, acara, penyelidikan pasaran dan kajiselidik EcoWorld;
    9. daripada maklumat yang diperoleh oleh EcoWorld secara persendirian daripada sumber-sumber yang sah; dan
    10. tujuan lain di mana anda telah bekalkan maklumat kepada kami.
  9. EcoWorld boleh mengumpul, mengguna, mendedahkan, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
    1. mempertimbangkan dan memproses permohonan anda untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld serta produk dan/atau perkhidmatan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang diberikan melalui EcoWorld;
    2. memudahcara, melaksanakan dan/atau memformalkan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    3. memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    4. berkomunikasi dengan anda termasuk menjawab pertanyaan, permintaan dan/atau aduan;
    5. memudahcara program kesetiaan pelanggan EcoWorld, acara dan aktiviti perhubungan pelanggan;
    6. mengemas kini Data Peribadi anda;
    7. memudahcara penyertaan anda dalam peraduan dan acara EcoWorld;
    8. menjalankan penyelidikan dan tinjauan pasaran dengan tujuan untuk menambah baik produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld;
    9. *menghantar maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi tentang produk/perkhidmatan lain yang mungkin ditawarkan oleh EcoWorld, rakan kongsi perniagaannya atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga (“Maklumat Pemasaran”) kepada anda, melalui pos ke alamat anda dan/atau penghantaran elektronik ke alamat e-mel anda, mesej teks (SMS/MMS), panggilan telefon dan/atau sistem pemesejan telefon lain ke nombor telefon anda;
    10. menjalankan semakan kredit/perdagangan dan semakan latar belakang lain ke atas anda dan jika berkenaan, mana-mana Orang Berkenaan dengan mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar pada bila-bila masa untuk tujuan memproses sebarang transaksi dengan EcoWorld atau selagi terdapat apa-apa tunggakan dengan EcoWorld;
    11. untuk tujuan penilaian kredit, semakan atau pelaporan dan menjalankan kutipan hutang atau dalam membantu institusi lain berbuat demikian;
    12. pencegahan dan pengesanan jenayah termasuk, tanpa terhad kepada pengubahan wang haram, pencegahan keganasan dan penipuan, pengesanan dan pendakwaan;
    13. dikehendaki oleh pihak berkuasa Kerajaan atau untuk menurut undang- undang, peraturan, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan dan/atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan;
    14. menguatkuasakan hak undang-undang EcoWorld dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang;
    15. memudahcara sebarang transaksi dengan EcoWorld, mungkin termasuk pembukaan akaun utiliti, mendaftarkan pemilikan, mengurus dan menyenggara harta Bersama;
    16. memudahcara transaksi perniagaan termasuk penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset;
    17. pematuhan kepada dasar dan prosedur dalaman termasuk, tanpa terhad kepada pengurusan risiko, perancangan produk, insurans, audit dan tujuan pentadbiran lain;
    18. untuk semua tujuan sampingan yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan termasuk penyediaan perkhidmatan komputer, telekomunikasi dan teknologi;
    19. aplikasi sumber manusia; dan/atau
    20. sebarang tujuan sampingan lain yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas atau sebarang transaksi dengan EcoWorld. *Jika anda telah bersetuju untuk menerima Maklumat Pemasaran dan/atau berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan Maklumat Pemasaran, anda boleh menarik diri daripada menerima Maklumat Pemasaran tersebut atau perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan yang disebutkan di atas dengan menghubungi EcoWorld mengikut Seksyen 15.
  10. Untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9, Data Peribadi anda mungkin/akan didedahkan kepada pihak berikut:
    1. mana-mana syarikat atau wakil dalam EcoWorld;
    2. pembekal perkhidmatan atau ejen pihak ketiga EcoWorld (termasuk tanpa terhad kepada juruaudit, peguam, perunding, penanggung insurans, penyelaras dan syarikat utiliti);
    3. mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710];
    4. rakan kongsi perniagaan, penasihat professional, pelabur, penerima serah hak atau penerima pindahan EcoWorld untuk memudahcara transaksi aset perniagaan (termasuk tanpa terhad kepada sebarang penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset);
    5. mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang;
    6. mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau badan pengawalseliaan; dan
    7. mana-mana pihak lain yang dibenarkan dan dipersetujui oleh anda.
  11. EcoWorld mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana atau semua pihak yang dinyatakan di atas yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia atau melibatkan penghantaran Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia.
  12. EcoWorld mengambil langkah pencegahan, dari kedua-dua segi pentadbiran dan teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, pencurian, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau kemusnahan.
  13. Anda boleh, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan, sebarang sekatan undang-undang dan/atau syarat kontrak yang berkenaan, membuat permintaan mengakses Data Peribadi secara bertulis dan untuk sesalinan Data Peribadi anda.
  14. Kami memohon agar anda memastikan bahawa Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  15. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung dengan cara pemprosesan Data Peribadi anda, atau jika ingin mengakses, membetulkan, memadam atau mengehad pemproposes Data Peribadi anda, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan di sini, sila menghubungi kami:

    Pegawai Perhubungan
    Nombor Telefon: +603-2110 4255
    E-mel : corp@ecoworld.my

    Alamat Surat-Menyurat:
    Unit No. 19-01, Menara The Stride
    Bukit Bintang City Centre
    No. 2, Jalan Hang Tuah
    55100 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan
    Malaysia

  16. Sekiranya kami tidak dapat mematuhi permintaan megakses data atau permintaan pembetulan data anda, kami akan memaklumkan anda secara bertulis.
  17. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat tambahan yang diminta selain daripada maklumat yang ditandakan sebagai wajib untuk memudahcara transaksi komersial. Jika Data Peribadi yang diberikan tidak mencukupi atau persetujuan anda atau persetujuan mana-mana Orang Berkenaan yang diberikan di sini ditarik balik, EcoWorld mungkin tidak dapat meneruskan perhubungan dengan anda, memberikan anda produk dan perkhidmatannya dan/atau memenuhi mana-mana permintaan anda kepada EcoWorld atau anda mungkin tidak dapat mengakses beberapa fungsi laman web atau platform mudah alih kami.
  18. EcoWorld berhak untuk mengemas kini dan meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan material akan dimaklumkan kepada anda melalui Alamat e-mel yang anda berikan atau Notis Privasi yang dipinda akan disiarkan di laman web kami. Jika dikehendaki oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk perubahan tersebut.
  19. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Back to top