Skip to main content
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Dasar Perubahan Iklim


Dasar Perubahan Iklim Eco World Development Group Berhad

 

1.0 Tujuan

Eco World Development Group Berhad (“EcoWorld Malaysia” atau “EcoWorld”), anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat usaha samanya (“Kumpulan”) mengiktiraf risiko-risiko yang disebabkan oleh perubahan iklim dan kesannya terhadap kelestarian perniagaan kami. Oleh itu, kami berdedikasi untuk mempercepat inisiatif-inisiatif perubahan iklim dalam operasi kami. Dasar Perubahan Iklim (“Dasar”) ini digubal untuk membimbing Kumpulan mengintegrasikan tindakan iklim secara berkesan ke dalam operasi perniagaan kami, yang menyokong visi kami iaitu Membina Hari Esok & Masa Depan (Creating Tomorrow and Beyond) dan komitmen kami untuk menerapkan Reka Bentuk, Alam Semula Jadi dan Seni (Design, Nature and Art atau “DNA”) secara holistik ke dalam semua pembangunan projek kami.

 

2.0 Objektif

  1. Untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 selaras dengan aspirasi Malaysia untuk pengurangan pelepasan.
  2. Memperkukuh strategi adaptasi dan mitigasi untuk mengurangkan jejak karbon projek-projek kami dan mempromosikan pembangunan lestari.
  3. Menyelaraskan strategi daya tahan iklim Kumpulan dengan rangka kerja antarabangsa yang relevan seperti Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“UN SDGs”) dan Pasukan Petugas Mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (“TCFD”).
  4. Memastikan komunikasi yang telus mengenai strategi daya tahan iklim kami kepada semua pihak berkepentingan yang relevan.

 

3.0 Skop

Dasar ini terpakai kepada semua pekerja dan kakitangan yang berkhidmat dengan EcoWorld dan Kumpulan. Ia merangkumi seluruh rantaian nilai kami, justeru kami menyeru semua pihak yang berkaitan untuk mematuhi Dasar ini serta prinsip-prinsip yang termaktub di dalamnya dengan tekun.

 

4.0 Prinsip-prinsip yang menyokong Dasar ini

  1. Penyataan Visi

    Jenama ini adalah tentang usaha mencari kaedah yang lebih baik dan hebat untuk melengkapkan pengalaman hidup insan. Kami berusaha untuk menjadi peneraju pemikiran dan inovator – sebuah perniagaan bukan tradisional dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif sambil kami terus menerobos sempadan dalam usaha.

  2. Penyataan Misi
    • Mencipta Eco-Living bertaraf dunia dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terus melangkaui jangkaan.
    • Menjana & memulakan idea-idea yang menginovasi status quo dan memberi inspirasi kepada orang ramai.
    • Meningkatkan tahap kecemerlangan secara berterusan, melalui kerja berpasukan tanpa sempadan di seluruh EcoWorld.
    • Menyerlahkan, menyokong dan mengembangkan potensi setiap individu dalam Pasukan EcoWorld.
    • Memberikan komitmen 2x2x5x5 = 100% tenaga, fokus & semangat dalam semua yang kami lakukan.

5.0 Dasar Perubahan Iklim Kumpulan

Dasar ini terdiri daripada dua teras strategik yang merangkumi adaptasi terhadap dan mitigasi perubahan iklim:

  1. Adaptasi Perubahan Iklim

    Adaptasi perubahan iklim merujuk kepada proses bertindak balas secara proaktif dan berkesan terhadap impak dan risiko yang berkaitan dengan perubahan iklim. Melalui adaptasi, kami berhasrat untuk melaksanakan amalan tadbir urus iklim yang mantap bagi mengekalkan daya tahan jangka panjang Kumpulan dan mengoptimumkan prestasi dalam menghadapi keadaan iklim yang berubah-ubah.

  2. Mitigasi Perubahan Iklim

    Mitigasi perubahan iklim merangkumi tindakan-tindakan Kumpulan untuk mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (“GHG”) yang menyumbang kepada usaha mitigasi perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan global. Kami berhasrat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti Kumpulan kami dengan peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan mengehadkan impak keseluruhan operasi kami terhadap perubahan iklim.

6.0 Komitmen Kami

  1. Adaptasi Perubahan Iklim
    • Pemantauan Lembaga Pengarah dalam pengurusan risiko-risiko fizikal dan transisi berkaitan iklim dalam operasi Kumpulan.
    • Penilaian impak risiko dan peluang iklim terhadap operasi Kumpulan pada horizon masa yang berbeza (jangka pendek, sederhana dan panjang) untuk memperkukuh daya tahan dan memanfaatkan cabaran-cabaran berkaitan iklim.
    • Penglibatan dengan pembekal dan komuniti dalam rantaian nilai kami untuk meningkatkan daya tahan perniagaan dengan menyampaikan komitmen iklim kami dan mempromosikan penggunaan pilihan rendah karbon.
    • Integrasi penilaian risiko iklim ke dalam rangka kerja Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman (RMIC) dan perancangan kesinambungan perniagaan kami.
    • Pemantauan penggunaan tenaga kami untuk menjejaki pelepasan GHG dan kemajuan kami berbanding Petunjuk Prestasi Utama (“KPI”) berdasarkan sasaran iklim kami yang akan terus dipertingkatkan.
    • Pembangunan pendedahan iklim yang selaras dengan syor-syor TCFD.
    • Menyediakan latihan kesedaran perubahan iklim secara berkala untuk pihak berkepentingan dalaman kami bagi meningkatkan pengetahuan dan keupayaan dalam mitigasi, adaptasi dan pengurangan impak perubahan iklim.
  2. Mitigasi Perubaan Iklim
    • Mempercepat inisiatif pengurangan pelepasan dalam operasi Kumpulan untuk mencapai pengurangan 20% dalam pelepasan GHG Skop 2 menjelang 2025 dan pengurangan 30% menjelang 2030 (menggunakan 2019 sebagai tahun asas kami) melalui inisiatif penjimatan tenaga dan ciri-ciri reka bentuk yang lestari.
    • Berkomitmen untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara dengan melaksanakan penggunaan teknologi cekap tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, jika berkenaan.
    • Mengelakkan pembangunan tanah yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi termasuk tanah gambut dan hutan simpan primer.
    • Memperluas usaha kami dan membina pengetahuan kami mengenai penyerapan karbon untuk membantu dalam daya tahan iklim
    • .

    • Mempromosikan ekonomi kitaran melalui pengurusan sisa yang cekap, kitar semula dan mengurangkan kuantiti sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
  3. 7.0 Pentadbiran Dasar

    • Jawatankuasa Kelestarian (“SC”) Kumpulan, sebagai penjaga Dasar ini, hendaklah menyemak semula Dasar ini dan memindanya jika perlu, sekurang-kurangnya setiap dua tahun, untuk mencerminkan komitmen Kumpulan terhadap penambahbaikan yang berterusan.
    • Dasar ini telah disemak oleh Jawatankuasa Kelestarian EcoWorld dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah
Back to top