Skip to main content
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Dasar Perolehan Lestari


Objektif Kelestarian EcoWorld

Usaha kelestarian EcoWorld berpandukan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang dirangka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai “rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua”. Kami komited untuk mengambil langkah-langkah positif ke arah pencapaian matlamat yang paling relevan dalam konteks operasi kami dengan harapan usaha kami akan menyumbang kepada pencapaian SDG di peringkat global. Dasar Perolehan Lestari ini mencerminkan komitmen kami untuk menerapkan kelestarian dalam semua yang kami lakukan.

Perolehan memainkan peranan yang besar dalam kerja yang kami lakukan, daripada keperluan pentadbiran harian hinggalah kepada bahan binaan asas bagi pembangunan kami. Menjalankan fungsi perolehan secara lestari bermakna memastikan produk dan perkhidmatan yang kami peroleh, serta pembekal yang berkaitan, adalah bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial. Perolehan lestari juga mestilah beretika dan wajar dari segi kewangan.

Dasar Perolehan Lestari ini berfungsi sebagai panduan untuk aktiviti perolehan EcoWorld serta amalan perolehan rakan kongsi rantaian bekalan kami yang menjalankan perniagaan dengan dan bagi pihak EcoWorld.

Dasar Perolehan Lestari ini diluluskan oleh Jawatankuasa Kelestarian EcoWorld dan disahkan oleh Lembaga Pengarah EcoWorld.

 

Prinsip-prinsip Perolehan Lestari Kami

  • Perkongsian untuk Pertumbuhan: EcoWorld percaya dalam mewujudkan hubungan Kerjasama yang saling menguntungkan dengan rakan kongsi rantaian bekalan kami, di mana kedua-dua pihak terlibat dalam urus niaga perniagaan yang beretika, menerima peluang untuk belajar antara satu sama lain serta menggalakkan inovasi dan penambahbaikan berterusan.
  • Rangsangan ekonomi tempatan: Di mana yang praktikal dan boleh dilaksanakan, kami akan mengutamakan rakan kongsi rantaian bekalan tempatan dan bahan-bahan sumber tempatan demi kepentingan mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan di dalam negara dalam kawasan operasi kami.
  • Peluang penyertaan yang saksama untuk semua: Kami komited untuk menjalankan pra-kelayakan pembekal dan penilaian tender secara adil dan telus, berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan jelas dan munasabah.
  • Kesedaran alam sekitar: Demi kepentingan melindungi alam sekitar dan meminimumkan jejak karbon kami, EcoWorld komited untuk mencari alternatif mesra alam yang paling kurang memudaratkan alam semula jadi. Di mana praktikal dan wajar dari segi kewangan, keutamaan akan diberikan kepada pembekal yang produk dan perkhidmatannya direka bentuk, diperoleh dan dikilangkan dengan mengambil kira kecekapan sumber (cth. tenaga, air, bahan mentah), impak perubahan iklim dan pemuliharaan biodiversiti.
  • Tanggungjawab sosial: EcoWorld amat menekankan penghormatan terhadap hak asasi manusia, amalan buruh yang baik dan pematuhan kepada undang-undang negara. Rakan kongsi rantaian bekalan kami juga diharap untuk mengamalkan tadbir urus yang baik, melayan pekerja dengan bermaruah, dan mengambil berat terhadap masyarakat umum. Prosedur kesihatan dan keselamatan yang wajar mesti disediakan untuk perlindungan pekerja dan amalan perhambaan moden seperti buruh paksa atau buruh kanak-kanak tidak akan diterima sama sekali. Kami menyokong sepenuhnya hak pekerja untuk perundingan kolektif dan kebebasan berpersatuan, serta hak mereka untuk persekitaran tempat kerja yang baik dan bebas daripada diskriminasi.

 

Pengukuran Prestasi Pembekal

EcoWorld berhak untuk menjalankan penilaian berkala terhadap prestasi rakan kongsi rantaian bekalan dalam aspek-aspek (tetapi tidak terhad kepada) amalan kelestarian, kualiti produk dan perkhidmatan, pematuhan kepada kriteria perolehan EcoWorld, pematuhan kepada peraturan dan undang-undang, etika, dan kedudukan kewangan. Peluang untuk penambahbaikan akan dimaklumkan dan dibincangkan secara hormat dengan rakan kongsi rantaian bekalan yang berkaitan.

 

Komunikasi Dasar

Dasar ini dan garis panduan tambahannya akan disediakan kepada semua kakitangan di portal intranet, dan juga akan disampaikan kepada pembekal semasa dan bakal pembekal. Dasar ini juga akan disediakan untuk paparan umum melalui laman web korporat EcoWorld di www.ecoworld.my.

Sesi latihan dan kesedaran akan dijalankan untuk semua kakitangan secara berkala bagi memastikan semangat Dasar ini difahami secara meluas dan diamalkan dengan mantap.

 

Dasar Berkaitan

Dasar Kelestarian Dasar Anti-Rasuah dan Anti-Penyogokan Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing) Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan Dasar Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan

Back to top