Skip to main content
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Dasar Kesaksamaan, Kepelbagaian & Keterangkuman


Objektif

Dasar ini menerangkan pendekatan dan komitmen Eco World Development Group Berhad (“Syarikat”) dan kumpulan syarikatnya (secara kolektif “Kumpulan”) terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman berhubung dengan Lembaga Pengarah (“Lembaga”) dan para pekerjanya.
 

Skop

Dasar ini terpakai kepada semua pekerja dan Lembaga Kumpulan.
 

Definisi

  1. Kesaksamaan bermaksud tidak berpihak dan keadilan dalam prosedur, proses, program dan semua aspek pekerjaan termasuk pengambilan pekerja, pemberian ganjaran, latihan, kelakuan di tempat kerja dan prosedur tatatertib.
  2. Kepelbagaian bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang menjadikan individu berbeza antara satu sama lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada umur, jantina, kemahiran, pengalaman, pendidikan, latar belakang, kepakaran, asal usul, ketidakupayaan, bangsa, kewarganegaraan, budaya, bahasa dan pandangan.
  3. Keterangkuman bermaksud budaya saling menghormati dan menghargai perbezaan antara satu sama lain dan memastikan setiap individu mempunyai rasa kekitaan yang sepenuhnya dalam Kumpulan.

 

Penyataan Dasar

Kumpulan komited dalam mewujudkan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja. Kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman adalah asas kepada budaya dan nilai teras Kumpulan dan selaras dengan komitmen Kumpulan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

  1. Kumpulan mempromosikan persekitaran kerja yang sihat dan produktif di mana setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk mengembangkan kemahiran dan bakat dengan terus melangkaui sempadan, menginovasi status quo dan sentiasa berfikir semula serta mencari cara yang lebih baik untuk mencipta nilai untuk semua.
  2. Kumpulan memupuk budaya yang menghormati dan menghargai perbezaan antara satu sama lain dan menggalakkan kepelbagaian idea, perspektif dan kepakaran yang boleh menyumbang ke arah mewujudkan pekerjaan, kediaman dan komuniti yang benar-benar lestari serta mempunyai impak positif yang berpanjangan dalam mencapai visi Syarikat iaitu Membina Hari Esok dan Masa Depan.
  3. Kumpulan mewujudkan persekitaran kerja di mana setiap orang dilayan dengan bermaruah dan hormat serta bebas daripada buli, diskriminasi, gangguan dan penganiayaan. Kumpulan tidak akan bertolak ansur terhadap buli, diskriminasi atau gangguan dalam apa jua bentuk dan tidak akan bertolak ansur terhadap penganiayaan seseorang kerana membuat tuduhan buli, diskriminasi, atau gangguan dengan niat baik.
  4. Kumpulan mewujudkan persekitaran kerja yang berpaksikan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman yang menggalakkan dan menguatkuasakan:
    1. Komunikasi dan kerjasama yang saling menghormati antara semua pekerja dan pihak berkepentingan;
    2. Kerja berpasukan, penyertaan dan perspektif daripada Lembaga dan semua pekerja;
    3. Keadilan dan akses yang saksama kepada peluang dan sumber dalam organisasi; dan
    4. Sumbangan daripada Lembaga dan pekerja kepada komuniti yang mana Kumpulan berkhidmat untuk mempromosikan pemahaman dan penghormatan yang lebih mendalam terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman.

Dasar ini akan disemak oleh Jawatankuasa Pencalonan Syarikat (“NC”) secara berkala bagi mencerminkan perubahan dalam undang-undang, demografi dan keperluan perniagaan dalaman. Sebarang semakan kepada Dasar seperti yang disyorkan oleh NC akan dikemukakan kepada Lembaga Syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan.

Back to top