sebagai saluran dan memberi bimbingan kepada Pemberi Maklumat untuk melaporkan sebarang Salah Laku dan menerangkan prosedur untuk membuat laporan tersebut;
memberi makluman awal kepada pihak Pengurusan tentang sebarang Salah Laku;
memberi jaminan kepada Pemberi Maklumat bahawa mereka akan dilindungi daripada apa-apa pembalasan sekiranya melaporkan sebarang Salah Laku dengan niat baik; dan
membina budaya keterbukaan, akauntabiliti dan integriti.
SKOP
Polisi ini mentadbir pelaporan sebarang Salah Laku dan penyiasatan terhadap laporan Salah Laku tersebut, serta perlindungan yang ditawarkan kepada Pemberi Maklumat.
Polisi ini TIDAK terpakai atau TIDAK meminda polisi dan prosedur EcoWorld berkenaan keluhan atau aduan pekerja individu berkaitan prestasi kerja, terma dan syarat pekerjaan, yang akan terus ditadbir dan disemak oleh Bahagian Group Talent Management EcoWorld.
DEFINISI
Pemberi Maklumat:
Mana-mana orang (contohnya pekerja, kontraktor, konsultan, penjual, pelanggan atau orang awam) atau entiti yang membuat laporan berkaitan Salah Laku (kesulitan laporan dilindungi). Pemberi Maklumat bukanlah penyiasat atau pencari maklumat dan mereka juga tidak menentukan tindakan sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah laku.
Salah Laku:
Salah Laku termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penipuan, termasuk penipuan kewangan dan penipuan perakaunan, rasuah atau amalan sogokan, kecurian atau penyelewengan, penyalahgunaan kedudukan atau penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang dan peraturan, pelanggaran Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan EcoWorld dan polisi-polisi lain, tingkahlaku atau amalan tidak beretika, atau apa-apa perbuatan sengaja yang direka untuk menyebabkan kerugian kepada Kumpulan EcoWorld.
TANGGUNGJAWAB
Pekerja
Para pekerja dikehendaki mengakui Polisi Pemberian Maklumat ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa para pekerja telah membaca dan memahami Polisi Pemberian Maklumat ini dan menyedari komitmen EcoWorld untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas dari sebarang pembalasan sekiranya melaporkan sebarang Salah Laku.
Pemberi Maklumat
Pemberi Maklumat hendaklah bertindak dengan niat baik dan tidak boleh membuat tuduhan palsu ketika melaporkan suatu Salah Laku.
Suspek/ Pesalah yang Disyaki
Suspek atau pesalah yang disyaki mempunyai kewajipan untuk memberi kerjasama penuh kepada para penyiasat.
Penyiasat
Para penyiasat hendaklah mengendalikan segala urusan penyiasatan dengan serius, secara sulit dan segera. Mereka hendaklah bersikap bebas, tidak berat sebelah dalam fakta dan penampilan, dan merahsiakan identiti Pemberi Maklumat, melainkan pendedahan tersebut dikehendaki oleh undang-undang selaras dengan penyiasatan.
Pekerja yang terlibat dalam penyiasatan
Para pekerja yang ditemuduga atau diminta memberikan maklumat berkewajipan memberikan kerjasama penuh kepada para penyiasat. Mereka hendaklah menahan diri daripada membincang atau mendedahkan hal-hal berkaitan penyiasatan.
PERNYATAAN POLISI
Pengenalan
EcoWorld menjalankan perniagaannya berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kejujuran, keterbukaan, kesopanan, integriti dan penghormatan. EcoWorld berusaha untuk memupuk dan mengekalkan suatu suasana di mana Pemberi Maklumat boleh bertindak dengan sewajarnya, tanpa rasa takut terhadap apa-apa pembalasan.
EcoWorld menyediakan suatu saluran kepada Pemberi Maklumat yang mempunyai kebimbangan terhadap apa-apa Salah Laku yang disyaki, untuk tampil ke hadapan dan menyatakan kebimbangan mereka dengan niat baik tanpa rasa takut akan menerima hukuman atau layanan yang tidak adil.
EcoWorld juga berusaha menangani apa-apa tindakan yang disyaki atau cubaan melakukan gangguan, balas dendam, ancaman, paksaan atau intimidasi terhadap Pemberi Maklumat dan melindungi Pemberi Maklumat.
Tanpa Nama & Kesulitan
EcoWorld mengiktiraf bahawa kesulitan identiti Pemberi Maklumat yang bersedia untuk tampil ke hadapan untuk melaporkan suatu Salah Laku yang disyaki adalah sangat penting untuk menggalakkan pelaporan Salah Laku. Namun, untuk mengelakkan laporan palsu dan laporan yang berniat jahat, surat beracun dan penyalahgunaan saluran pelaporan, Pemberi Maklumat hendaklah memberikan bukti yang mencukupi (seperti dokumen, gambar, rakaman, audio, e-mel, pesanan teks dll) di dalam laporannya untuk membantu penyiasatan lanjut, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia harus membentangkan alasan/hujahan yang munasabah untuk menunjukkan suatu Salah Laku telah berlaku.
EcoWorld akan melayan semua laporan dan maklumat yang diterima secara sulit, kecuali untuk pendedahan yang dibuat atas dasar “perlu tahu” untuk tujuan membantu siasatan dan/atau untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya berikutan siasatan tersebut.
Jaminan terhadap Tindakbalas atau Pembalasan
Tiada tindakan buruk akan diambil terhadap Pemberi Makumat kerana melaporkan suatu Salah Laku, atau menyertai atau membantu dalam siasatan suatu Salah Laku selagi mana Pemberi Maklumat tidak secara “sengaja, berpengetahuan atau melulu” atau dengan niat jahat memberi maklumat palsu.
EcoWorld memandang serius perbuatan tindakbalas atau pembalasan. Mana-mana pekerja yang bertanggunjawab melakukan perbuatan tindakbalas atau pembalasan terhadap Pemberi Maklumat yang melaporkan suatu Salah Laku akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya, termasuk kemungkinan penamatan pekerjaan.
Pelaporan Salah Laku
Pelaporan Salah Laku mestilah dibuat secara bertulis menggunakan Borang Pelaporan Pemberi Maklumat, GTM-PR-PL24-01.
Semua laporan hendaklah dihantar terus melalui e-mel ke whistleblow_ewdgb@ecoworld.my atau secara serahan tangan kepada pejabat berdaftar EcoWorld di Aras 7, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Semua laporan akan disalurkan kepada Ahli Jawatankuasa Pemberian Maklumat (“AJKPM”) yang terdiri daripada:
Puan Sar Sau Yee (Pengerusi)
Puan Lucy Chong
Dato’ Seri Rosman Bin Mohamed
Penyiasatan Laporan Salah Laku
AJKPM akan memaklumkan Pemberi Maklumat dan mengakui penerimaan laporan Salah Laku.
AJKPM akan mengkaji setiap laporan dan berdasarkan segala maklumat yang diterima dan keterangan yang tersedia untuknya, akan melakukan penyiasatan awal untuk menentukan sama ada tuduhan Salah Laku tersebut mempunyai merit dan boleh dibuktikan.
AJKPM akan menyiasat setiap tuntutan merit secara bebas menggunakan saluran, sumber, kepakaran yang sesuai, dan berdasarkan penemuan siasatan, AJKPM akan menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Polisi Pemberian Maklumat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.