Kelestarian adalah teras visi EcoWorld dalam “Mencipta Hari Esok & Masa Depan” dan merupakan Nilai Teras #1 Jenama EcoWorld. Sebagai pemaju hartanah yang sedar akan cabaran alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam industri, kami komited untuk mendorong pembangunan lestari di barisan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik dalam operasi kami, mahupun dalam komuniti yang kami berkhidmat. Kami bertekad untuk terus berusaha meningkatkan usaha kami (jangka pendek dan jangka panjang) dalam mengembangkan perniagaan secara lestari dan mewujudkan nilai bagi pihak berkepentingan sambil meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dan bertindak secara bertanggungjawab terhadap komuniti tempat di mana kami beroperasi.
Lembaga Pengarah EcoWorld adalah pihak bertanggungjawab tertinggi ke atas strategi dan tadbir urus kelestarian Kumpulan, mengkaji dan meluluskan semua dasar dan inisiatif berkaitan kelestarian. Jawatankuasa Kelestarian, yang terdiri daripada kakitangan pengurusan kanan utama yang merangkumi semua disiplin dan wilayah operasi, akan membantu Lembaga dalam pelaksanaan matlamat dan inisiatif kelestarian, dan melaporkan kemajuan pada setiap setengah tahun.
Jawatankuasa Kelestarian akan disokong dalam pelaksanaan rancangan dan inisiatif berkaitan ESG oleh Majlis Ekonomi & Tadbir Urus, Majlis Hijau & Operasi dan Majlis Sosial. Ahli-ahli majlis masing-masing akan dilantik oleh Jawatankuasa Kelestarian, dan bertanggungjawab untuk melaporkan status pelaksanaan inisiatif ESG, dan untuk pengumpulan data yang relevan untuk tujuan pemantauan dan analisis.
Hala Tuju Keseluruhan
Dalam menetapkan strategi kelestarian dan bidang tumpuan EcoWorld, kami berpandukan kepada Visi, Misi dan Nilai Teras EcoWorld, yang dinyatakan dalam dasar ini untuk rujukan mudah:
Jenama EcoWorld adalah berasaskan usaha untuk mencari cara yang lebih baik dan inovatif dalam melengkapkan pengalaman kehidupan masyarakat. Kami berhasrat menjadi peneraju pemikiran serta perintis inovasi – sebuah perniagaan yang bukan sahaja berasaskan kaedah konvensional tetapi turut memberikan impak positif dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kami sentiasa mencabar batasan dalam merealisasikan visi Mencipta Hari Esok & Masa Depan.
Untuk mencapai aspirasi jenama yang diidamkan, kami akan memanfaatkan kuasa kolaborasi positif, usaha penuh semangat dan idea segar yang menggerakkan komuniti, sebagaimana yang digariskan dalam Pernyataan Misi kami.
Kami akan merealisasikan Visi kami melalui Budaya Kecemerlangan EcoWorld, dengan mengoptimumkan Masa, Bakat dan Sumber untuk:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan pembangunan mampan sebagai “pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.” Visi, misi dan nilai teras jenama kami mencerminkan komitmen kami dalam merealisasikan agenda pembangunan mampan PBB.
Kami turut berpandukan kepada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dirangka oleh PBB sebagai “pelan tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua.” Kami komited dalam mengambil langkah-langkah positif bagi mencapai matlamat yang paling relevan dengan operasi kami, dengan harapan usaha ini dapat menyumbang kepada pencapaian global SDG.
Kami percaya kepada keterbukaan dan ketelusan dalam berkomunikasi dengan pemegang taruh kami, (termasuk tetapi tidak terhad kepada pekerja, pelanggan, pelabur, pengawal selia, kontraktor & pembekal, media dan organisasi bukan kerajaan). Penglibatan yang kerap dan menyeluruh melalui pelbagai saluran komunikasi membolehkan kami memahami keperluan serta jangkaan mereka, sekaligus mengenal pasti aspek kelestarian yang paling penting bagi mereka.
Dalam usaha mencapai pembangunan mampan, EcoWorld komited untuk mengambil tindakan bertanggungjawab dalam bidang berikut secara tepat pada masanya:
Tadbir Urus Baik dan Amalan Perniagaan Beretika
Kami menjunjung tinggi integriti, tadbir urus yang baik dan tingkah laku beretika dalam semua amalan perniagaan kami untuk mengekalkan kepercayaan pemegang taruh kami dan lesen sosial kami untuk beroperasi. Kami komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan dan penduduk dalam pembangunan kami. Kami berusaha untuk menjalankan perniagaan kami secara bertanggungjawab, meminimumkan gangguan kepada komuniti di sekitar pembangunan kami. Kami berjanji untuk menjalankan perniagaan kami selaras dengan undang-undang yang terpakai serta peraturan yang terbendung kepada kami. Sekiranya terdapat kekurangan, kami akan mengambil tindakan pemulihan yang perlu dan sesuai secepat yang kami mampu dan dalam jangka masa yang munasabah.
Memaparkan Amalan Buruh Teladan & Melindungi Hak Asasi Manusia
Kami memastikan semua pekerja mendapat akses sama rata kepada program latihan dan pembangunan serta peluang untuk kemajuan kerjaya. Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan akan diterapkan dan sentiasa ditambah baik untuk menjamin kesejahteraan semua individu di premis perniagaan kami.
Kami akan berusaha untuk menjunjung tinggi hak asasi manusia pekerja kami dan komuniti kami. Kami menentang sekeras-kerasnya amalan seperti buruh kanak-kanak dan buruh paksa. Diskriminasi (berkenaan dengan kaum, agama, jantina, umur, kecacatan, kewarganegaraan, dll.), sebarang bentuk buli serta gangguan tidak akan diterima dalam organisasi kami.
Menangani Perubahan Iklim & Melindungi Biodiversiti dan Alam Sekitar
Kami komited untuk beroperasi secara bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar. Kami mengakui impak negatif perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan kemerosotan alam sekitar yang mengakibatkan pemanasan global. Dengan ini, kami akan berusaha untuk menilai dan mengawal pelepasan gas rumah hijau, pencemaran dan penghasilan sisa kami. Kami juga akan memantau dan memulihara (jika boleh) penggunaan tenaga, air dan sumber, serta menggalakkan kitar semula dan penggunaan semula di mana-mana yang praktikal.
Melalui Dasar Perolehan Lestari kami, kami berusaha untuk bekerjasama dengan rakan kongsi rantaian bekalan yang mempertimbangkan isu-isu alam sekitar dalam perniagaan harian mereka dan menggalakkan mereka untuk menyediakan penyelesaian, bahan dan barangan yang lestari dan mesra alam. Keutamaan diberikan kepada pembelian barangan yang dihasilkan dengan mengambil kira isu-isu alam sekitar dan sosial dan kepada rakan kongsi rantaian bekalan yang proaktif dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. Ini terpakai kepada semua rakan kongsi rantaian bekalan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor, perunding, pembekal, vendor, pengeluar produk dan pengedar produk, kerana kami bekerjasama dengan mereka secara progresif untuk mengurangkan beban alam sekitar dalam keseluruhan rantaian bekalan kami.
Melalui kerjasama kami dengan pemegang taruh dalaman dan luaran, pendidikan dan kesedaran berterusan mengenai metrik perubahan iklim (terutama dalam penetapan Sasaran Berasaskan Sains), dan komitmen daripada kepimpinan kanan kami, kami berhasrat untuk berusaha ke arah masa depan Sifar Karbon Bersih.
Menyokong Komuniti
Kami mengakui peranan yang kami mainkan sebagai warga korporat yang baik dalam tanggungjawab terhadap komuniti di sekeliling kami. Kami komited untuk berinteraksi dengan komuniti di dalam dan di sekitar pembangunan kami serta menyokong mereka dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan sosial serta peluang pekerjaan. Melalui Yayasan Eco World, kami juga komited untuk menyediakan akses yang sama rata kepada pendidikan bagi kanak-kanak daripada latar belakang yang kurang bernasib baik dengan harapan untuk akhirnya meningkatkan status kewangan dan sosial keluarga di bawah jagaan kami.
Berikut adalah prosedur yang akan dilaksanakan oleh EcoWorld untuk memastikan strategi kelestarian terpilih untuk dilaksanakan dengan berkesan:
Untuk mengukur prestasi kelestarian kami dan menjejaki kemajuan, kami telah merumuskan petunjuk prestasi utama (KPI) khusus berdasarkan matlamat dan sasaran operasi, yang akan terus dipertingkatkan pada masa hadapan. Seiring kami melangkah maju dalam perjalanan kelestarian kami, kami berhasrat untuk terus meningkatkan usaha kami dalam menyumbang kepada penubuhan masyarakat yang lestari. Oleh itu, Dasar Kelestarian ini tertakluk kepada semakan dan pindaan berterusan apabila perlu untuk mencerminkan komitmen Kumpulan terhadap peningkatan berterusan.