Skip to main content
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Notis Privasi


  1. Notis Privasi ini menyatakan cara Eco World Development Group Berhad, syarikat berkaitan, bersekutu, syarikat gabungan dan pembangunan bersama serta wakil mereka (secara kolektif, “EcoWorld”) mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda berkenaan transaksi dengan EcoWorld.
  2. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma “kami” merujuk kepada mana-mana syarikat atau wakil dalam EcoWorld dan terma “anda” merujuk kepada anda dan/atau lain-lain individu atau syarikat yang anda wakili dan memberi maklumat Data Peribadi.
  3. Dalam Notis Privasi ini “Data Peribadi” termasuk semua data yang dimaksudkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa).
  4. Data Peribadi sedemikian yang anda berikan dan bekalkan kepada EcoWorld termasuk maklumat mengenai butiran peribadi anda (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan), butiran perhubungan dan mana-mana maklumat lain berkaitan yang anda telah dedahkan kepada EcoWorld dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
  5. Sepanjang masa anda berurusan dengan EcoWorld, anda mungkin telah membekalkan Data Peribadi anda kepada EcoWorld dan dengan berbuat demikian, anda mengakui dan mengesahkan bahawa Data Peribadi yang dibekalkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan seterusnya bersetuju dan membenarkan EcoWorld untuk mengumpul, mengguna, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda. EcoWorld dan/atau pegawai atau pekerjanya tidakakan bertanggungjawab atas sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini yang dibekalkan oleh anda.
  6. Sekiranya anda membekalkan atau memberikan kepada EcoWorld sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, cth. maklumat pasangan, anak, ibu bapa, pengarah, pemegang saham dan/atau penjamin (secara kolektif “Orang Berkenaan”) anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada Orang Berkenaan untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada EcoWorld dengan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan untuk EcoWorld mengumpul, mengguna, mendedah dan memproses Data Peribadi mereka untuk tujuan masing-masing.
  7. Walau bagaimana pun, EcoWorld tidak perlu membuat apa-apa pengesahan terhadap kesahihan dan kesempurnaan Data Peribadi yang anda bekalkan dan EcoWorld berhak untuk menganggap Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  8. EcoWorld mengumpul Data Peribadi anda dalam pelbagai cara, dalam bentuk bercetak atau elektronik melalui platform digital dan mudah alih, seperti :
    1. apabila anda mendaftar atau mengemas kini profil dalam talian atau apabila anda melengkapkan atau mengemas kini maklumat anda dengan EcoWorld;
    2. apabila anda menyerahkan borang dan/atau dokumen kepada EcoWorld berkenaan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami serta produk dan/atau perkhidmatan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga;
    3. apabila anda membuat sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    4. apabila anda membuat pembayaran yang berkaitan dengan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    5. apabila anda berinteraksi dengan kakitangan EcoWorld;
    6. melalui pilihan peribadi anda semasa menggunakan laman web EcoWorld;
    7. apabila anda menyertai peraduan, acara, penyelidikan pasaran dan kajiselidik EcoWorld;
    8. apabila anda mengemukakan permohonan kerja kepada EcoWorld; dan
    9. daripada maklumat yang diperoleh oleh EcoWorld secara persendirian daripada sumber-sumber yang sah.
  9. EcoWorld boleh mengumpul, mengguna, mendedahkan atau memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berikut;
    1. mempertimbangkan dan memproses permohonan anda untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld serta produk dan/atau perkhidmatan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang diberikan melalui EcoWorld;
    2. memudahcara, melaksanakan dan/atau memformalkan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    3. memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan sebarang transaksi dengan EcoWorld;
    4. menjawab pertanyaan, permintaan dan/atau aduan;
    5. memudahcara program kesetiaan pelanggan EcoWorld;
    6. mengemas kini Data Peribadi anda;
    7. memudahcara penyertaan anda dalam peraduan dan acara EcoWorld;
    8. menjalankan penyelidikan dan tinjauan pasaran dengan tujuan untuk menambah baik produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld;
    9. *menghantar maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi tentang produk/perkhidmatan lain yang mungkin ditawarkan oleh EcoWorld, rakan kongsi perniagaannya atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga (“Maklumat Pemasaran”) kepada anda, melalui pos ke alamat anda dan/atau penghantaran elektronik ke alamat e-mel anda, mesej teks (SMS/MMS), panggilan telefon dan/atau lain-lain sistem pemesejan telefoni ke nombor telefon anda;
    10. menjalankan semakan kredit/perdagangan dan semakan latar belakang lain ke atas anda dan jika berkenaan, mana-mana Orang Berkenaan dengan mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar pada bila-bila masa untuk tujuan memproses sebarang transaksi dengan EcoWorld atau selagi erdapat apa-apa tunggakan dengan EcoWorld;
    11. untuk tujuan penilaian kredit, semakan atau pelaporan dan menjalankan kutipan hutang atau dalam membantu institusi lain berbuat demikian;
    12. pencegahan dan pengesanan jenayah termasuk, tanpa terhad kepada pengubahan wang haram, pencegahan keganasan dan penipuan, pengesanan dan pendakwaan;
    13. dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan dan/atau arahan;
    14. menguatkuasakan hak undang-undang EcoWorld dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang;
    15. memudahcara transaksi perniagaan termasuk penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset;
    16. pematuhan kepada dasar dan prosedur dalaman termasuk, tanpa terhad kepada pengurusan risiko, perancangan produk, insurans, audit dan tujuan pentadbiran;
    17. untuk semua tujuan sampingan yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan termasuk penyediaan perkhidmatan komputer, telekomunikasi dan teknologi;
    18. aplikasi sumber manusia; dan/atau
    19. sebarang tujuan sampingan lain yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.

      *Jika anda telah bersetuju untuk menerima Maklumat Pemasaran dan/atau berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan Maklumat Pemasaran, anda boleh menarik diri daripada menerima Maklumat Pemasaran tersebut atau perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan yang disebutkan di atas pada bila-bila masa dengan menghubungi EcoWorld melalui butiran yang diberikan dalam Seksyen 14
  10. Sekiranya Data Peribadi diminta oleh EcoWorld, anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat tambahan yang diminta selain daripada maklumat yang ditandakan sebagai wajib untuk memudahcara transaksi komersial. Jika Data Peribadi diberikan tidak mencukupi atau persetujuan anda atau persetujuan mana-mana Orang Berkenaan yang diberikan di sini ditarik balik, EcoWorld tidak dapat memberikan anda produk dan perkhidmatannya dan/atau memenuhi mana-mana permintaan anda kepada EcoWorld untuk sebarang tujuan seperti dinyatakan dalam Seksyen 9.
  11. Untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9, Data Peribadi anda mungkin/akan didedahkan kepada pihak berikut:
    1. mana-mana syarikat atau wakil dalam EcoWorld;
    2. Pembekal perkhidmatan atau ejen pihak ketiga EcoWorld (termasuk tanpa terhad kepada juruaudit, peguam, perunding, penanggung insurans, penyelaras dan syarikat utiliti);
    3. mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010;
    4. Rakan kongsi perniagaan, pelabur, penerima serah hak atau penerima pindahan EcoWorld untuk memudahcara transaksi aset perniagaan (termasuk tanpa terhad kepada sebarang penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset);
    5. mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang;
    6. mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau badan pengawalseliaan; dan
    7. mana-mana pihak lain yang dibenarkan dan dipersetujui oleh anda.
  12. EcoWorld mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana atau semua pihak yang dinyatakan di atas yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia atau melibatkan penghantaran Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia.
  13. Anda boleh, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan, sebarang sekatan undang-undang dan/atau syarat kontrak yang berkenaan, membuat permintaan secara bertulis untuk mengakses Data Peribadi anda dan ianya adalah kewajipan anda untuk membuat pembetulan atas Data Peribadi anda yang tidak tepat , tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini.
  14. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung dengan Data Peribadi anda, atau jika ingin mengakses atau membuat pembetulan Data Peribadi anda, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan di sini, anda boleh menghubungi:

    Pegawai Perhubungan
    Nombor Telefon : +03-2110 4255
    E-mel : corp@ecoworld.my
    Alamat Surat-Menyurat:

    Unit No. 19-01, Menara The Stride
    Bukit Bintang City Centre
    No. 2, Jalan Hang Tuah
    55100 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan
    Malaysia
  15. Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Notis mengenai sebarang kemas kini sedemikian akan diberikan di laman web kami dan/atau melalui cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh EcoWorld. Dengan terus terlibat dengan kami berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami atau mengakses laman web kami setelah penerbitan atau pengeluaran notis mengenai kemaskini kepada Notis Privasi ini, anda akan dianggap telah bersetuju kepada Notis Privasi ini yang telah dikemaskini.
  16. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Back to top