Terms and Conditions


Terma dan Syarat Penggunaan – Sila baca dengan teliti.

Selamat datang ke laman web kami. Jika anda melayari dan menggunakan laman web ini, anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang dinyatakan di bawah.

Istilah-istilah “Eco Meadows” atau “Eco Meadows Development Sdn Bhd” atau “kami” merujuk kepada pemilik laman web ini, Eco Meadows Development Sdn Bhd (No. Syarikat: 201201016771 (1002282-W)).


Harta Intelek

Laman web ini dimiliki oleh Eco Meadows Development Sdn Bhd. Hak cipta kepada kandungan laman web ini dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Eco Meadows Development Sdn Bhd. Laman web ini adalah dimaksudkan untuk kegunaan peribadi, rujukan cepat, bagi tujuan ilustrasi dan maklumat sahaja dan tidak boleh disalin, diedar atau diterbitkan semula dengan apa-apa cara tanpa kebenaran bertulis daripada Eco Meadows Development Sdn Bhd. Sebarang penggunaan mana-mana bahagian daripada laman web ini tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

Tanda dagang, logo, karektor dan tanda perkhidmatan (secara kolektif disebut "Tanda Dagang") yang dipaparkan pada laman web ini adalah kepunyaan Eco Meadows Development Sdn Bhd. Kandungan laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian sebarang lesen atau hak untuk menggunakan sebarang Tanda Dagang yang dipaparkan pada laman web ini. Sebarang penggunaan/salah penggunaan Tanda Dagang yang dipaparkan pada laman web ini, atau sebarang kandungan lain dalam laman web ini, adalah dilarang sama sekali kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini. Eco Meadows Development Sdn Bhd berhak untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas sebarang penggunaan laman web ini yang dilakukan dengan tidak wajar atau tanpa kebenaran, termasuk sebarang tindakan di atas pelanggaran Tanda Dagang dan hak harta intelek lain-lain.


Penafian / Had Liabiliti

Eco Meadows Development Sdn Bhd tidak memberi sebarang waranti atau jaminan terhadap ketepatan, ketepatan masa, prestasi, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan bahan-bahan yang terdapat atau ditawarkan dalam laman web ini untuk sebarang tujuan tertentu. Anda mengakui bahawa maklumat dan bahan-bahan sedemikian boleh mengandungi ketidaktepatan atau ralat dan Eco Meadows Development Sdn Bhd dengan nyata mengecualikan liabiliti terhadap sebarang ketidaktepatan atau ralat setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Sebarang penggunaan mana-mana maklumat atau bahan dalam laman web ini adalah di atas risiko anda sepenuhnya, di mana Eco Meadows Development Sdn Bhd tidak akan dipertanggungjawabkan. Ia adalah tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan bahawa sebarang bahan atau maklumat yang tersedia melalui laman web ini memenuhi keperluan khusus anda.

Eco Meadows Development Sdn Bhd atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam mencipta, menghasilkan atau menyampaikan laman web ini tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, sampingan, akibat, tidak langsung atau punitif yang timbul apabila anda mengakses atau menggunakan laman web ini. Tanpa mengehadkan apa-apa yang telah dinyatakan di atas, semua yang terdapat dalam laman web ini disediakan dengan "SEADANYA" TANPA SEBARANG BENTUK WARANTI, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT. Eco Meadows Development Sdn Bhd TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KECEDERAAN, SIMPANAN ATAU NAMA BAIK AKIBAT DARIPADA ANDA MENGGUNAKAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DALAM LAMAN WEB INI.


Indemniti

Anda akan melindungi dan terus melindungi Eco Meadows Development Sdn Bhd daripada segala tuntutan, kerosakan, tindakan dan prosiding yang dibuat atau diambil terhadap Eco Meadows Development Sdn Bhd yang timbul daripada anda menggunakan laman web ini dan/atau sebarang pelanggaran terma berkaitan dengannya.


Pautan kepada Laman Web Lain

Pautan kepada laman web lain-lain yang disediakan di sini hanya untuk kemudahan anda dan tidak menandakan bahawa Eco Meadows Development Sdn Bhd mengendors laman-laman web tersebut. Eco Meadows Development Sdn Bhd tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman-laman web sedemikian dan tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerosakan atau kecederaan apa jua pun yang timbul daripadanya. Anda boleh melayari mana-mana laman web yang dipautkan atas risiko anda sendiri.


Variasi / Perubahan

Eco Meadows Development Sdn Bhd berhak untuk mengubah atau mengubah suai mana-mana maklumat dan terma yang terkandung di sini tanpa memberi sebarang notis.


Undang-Undang dan Bidang Kuasa Yang Mentadbir

Terma dan syarat di sini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan anda akan tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Menu
WhatsApp Kami
Daftar Sekarang
Tempah Sekarang