NOTIS PRIVASI ECOWORLD

  1. Notis Privasi ini menggariskan cara-cara Eco World Development Group Berhad, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, rakan perniagaannya, syarikat gabungan dan syarikat pembangunan bersama serta wakil-wakilnya (secara kolektif, “EcoWorld”) mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi berkenaan dengan urus niaga dengan EcoWorld.
  2. Bagi tujuan Notis Privasi ini, terma-terma "kami", dan "kita" hendaklah merujuk kepada mana-mana syarikat atau wakil-wakil dalam EcoWorld dan terma-terma "kamu" dan “anda” hendaklah merujuk kepada diri anda sendiri dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda di mana anda menyediakan Data Peribadi.
  3. Dalam Notis Privasi ini, “Data Peribadi” termasuk kesemua data yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa).
  4. Data Peribadi sedemikian yang anda mungkin menyediakan atau tersedia kepada EcoWorld termasuk informasi mengenai maklumat peribadi anda (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan), maklumat untuk dihubungi dan mana-mana maklumat relevan yang lain yang telah anda mendedahkan kepada EcoWorld seperti yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.
  5. Sepanjang urusan anda dengan EcoWorld, anda mungkin telah melengkapkan Data Peribadi anda kepada EcoWorld dan dalam berbuat sedemikian, anda bersetuju kepada EcoWorld mengumpul, mengguna, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda.
  6. Sekiranya anda melengkapkan atau menyediakan kepada EcoWorld mana-mana Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, sebagai contoh, maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa, pengarah, pemegang saham dan/atau penjamin (secara kolektif, “Orang yang Relevan”) anda mewakili bahawa anda telah mendapat persetujuan Orang yang Relevan untuk menyediakan EcoWorld dengan Data Peribadi mereka dan untuk EcoWorld mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi mereka untuk tujuan masing-masing.
  7. EcoWorld mengumpulkan Data Peribadi anda dalam pelbagai cara, dalam bentuk bercetak atau elektronik melalui pentas digital dan mudah alih, seperti :
    1. apabila anda mendaftar atau mengemas kini profil dalam talian atau apabila anda melengkapkan atau mengemas kini maklumat anda dengan EcoWorld;
    2. apabila anda menghantar borang dan/atau dokumen kepada EcoWorld yang berkaitan dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami serta produk dan/atau perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga;
    3. apabila anda memasuki mana-mana urus niaga dengan EcoWorld;
    4. apabila anda membuat pembayaran berkaitan dengan mana-mana urus niaga dengan EcoWorld;
    5. apabila anda berkomunikasi dengan kakitangan EcoWorld;
    6. menerusi keutamaan peribadi anda melalui penggunaan laman web EcoWorld;
    7. apabila anda mengambil bahagian dalam peraduan, acara, penyelidikan pasaran dan kaji selidik EcoWorld;
    8. apabila anda menghantar permohonan pekerjaan kepada EcoWorld; dan
    9. daripada maklumat yang diperolehi secara bebas oleh EcoWorld daripada sumber-sumber lain yang sah;
  8. EcoWorld boleh mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berikut:
    1. mempertimbangkan dan memproses permohonan anda untuk penyediaan produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld serta produk dan/atau perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga melalui EcoWorld;
    2. memudahkan, melaksanakan dan/atau merasmikan mana-mana urus niaga dengan EcoWorld;
    3. pemprosesan mana-mana pembayaran yang berkaitan kepada mana-mana urus niaga dengan EcoWorld;
    4. membalas kepada pertanyaan, permintaan dan/atau aduan;
    5. memudahkan program kesetiaan pelanggan EcoWorld;
    6. mengemas kini Data Peribadi anda;
    7. memudahkan penyertaan anda dalam peraduan dan acara EcoWorld;
    8. mengendalikan penyelidikan pasaran dan kaji selidik dengan tujuan untuk memperbaiki produk dan/atau perkhidmatan EcoWorld;
    9. *penghantaran maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi tentang produk/perkhidmatan lain EcoWorld, rakan kongsinya atau pembekal pihak ketiga yang ditawarkan kepada anda (“Maklumat Pemasaran”), melalui mel pos kepada alamat-alamat anda dan/atau penghantaran elektronik kepada alamat emel anda, pesanan teks (SMS/MMS), panggilan telefon dan/atau pemesejan berasaskan telefon yang lain kepada nombor-nombor telefon anda;
    10. mengendalikan pemeriksaan kredit/perdagangan dan pemeriksaan latar belakang yang lain ke atas anda dan di mana berkenaan, mana-mana Orang yang Relevan dengan mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar pada bila-bila masa untuk tujuan memproses transaksi dengan EcoWorld atau setakat mana apa-apa jumlah yang masih belum dibayar yang kena dibayar dan terhutang dengan EcoWorld;
    11. untuk tujuan penilaian kredit, pengkajian semula atau pelaporan dan menjalankan pengumpulan hutang atau membantu institusi lain berbuat demikian;
    12. pencegahan dan pengesanan jenayah termasuk tanpa had kepada pengubahan wang haram, perbuatan keganasan dan pencegahan frod, pengesanan dan pendakwaan;
    13. yang dikehendaki undang-undang, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan dan/atau arahan;
    14. menguatkuasakan hak undang-undang EcoWorld dan/atau dalam mendapatkan nasihat undang-undang;
    15. memudahkan urus niaga bisnes yang mungkin termasuk penggabungan, pengambilalihan atau penjualan aset;
    16. pematuhan dengan dasar dalaman dan prosedur termasuk tanpa had kepada pengurusan risiko, perancangan produk, insurans, audit dan untuk tujuan pentadbiran;
    17. bagi kesemua tujuan sampingan yang berkaitan dengan peruntukan kemudahan termasuk peruntukan komputer, telekomunikasi dan perkhidmatan teknologi;
    18. permohonan sumber manusia; dan/atau
    19. mana-mana tujuan sampingan berkaitan dengan mana-mana seperti di atas.
    20. *Di mana anda telah bersetuju untuk menerima Maklumat Pemasaran dan/atau perkongsian Data Peribadi dengan pihak ketiga untuk tujuan Maklumat Pemasaran, anda boleh memilih untuk tidak menerima Maklumat Pemasaran sedemikian atau perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan yang dikatakan di atas pada bila-bila masa dengan menghubungi EcoWorld di maklumat yang diberikan pada Seksyen 13.
  9. Sekiranya Data Peribadi diminta oleh EcoWorld, anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat lanjutan yang diminta, kecuali maklumat yang dinyatakan perlu untuk memudahkan urus niaga komersial. Sekiranya Data Peribadi yang tidak mencukupi diberikan atau persetujuan anda atau persetujuan Orang yang Relevan yang diberikan di sini ditarik balik, EcoWorld tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatannya dan/atau memenuhi mana-mana permintaan anda kepada EcoWorld untuk mana-mana tujuan seperti yang dibentangkan dalam Seksyen 8.
  10. Bagi tujuan seperti yang dibentangkan dalam Seksyen 8, Data Peribadi anda mungkin/akan didedahkan kepada pihak-pihak yang berikut:
    1. mana-mana syarikat atau wakil-wakil dalam EcoWorld;
    2. pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau agen EcoWorld (termasuk tanpa had kepada juruaudit, peguambela dan peguamcara, perunding, penanggung insurans, adjusters dan syarikat utiliti);
    3. mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010;
    4. rakan perniagaan, pelabur, pemegang serah hak atau penerima pindahan EcoWorld untuk memudahkan urus niaga asset bisnes (termasuk tanpa had kepada mana-mana penggabungan, pengambilalihan atau penjualan aset);
    5. mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang;
    6. mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau badan pengawalseliaan; dan
    7. mana-mana pihak yang diberi kuasa dan dipersetujui oleh anda.
  11. EcoWorld boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana atau kesemua pihak yang dinyatakan di atas yang mungkin terletak dalam atau di luar Malaysia atau melibatkan penghantaran Data Peribadi anda kepada lokasi yang terletak di luar Malaysia.
  12. Anda boleh meminta dalam tulisan untuk akses kepada dan meminta untuk pembetulan Data Peribadi anda yang tidak benar, tidak lengkap, yang mengelirukan atau yang tidak dikemas kini tertakluk kepada pembayaran yuran yang ditetapkan, mana-mana sekatan undang-undang yang terpakai dan keadaan kontrak.
  13. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau maklum balas berkenaan dengan Data Peribadi anda, atau sekiranya anda ingin mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, atau sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda yang diberikan di sini, anda boleh menghubungi:

    Tel: +604-510 2255
    Alamat emel: corp@ecoworld.my
    Alamat: Suite 60, Setia Avenue, No. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  14. Notis Privasi ini boleh disemak semula dari semasa ke semasa. Notis penyemakan semula sedemikian akan diberikan di laman web dan/atau menerusi mana-mana bentuk komunikasi yang difikirkan sesuai oleh EcoWorld.
  15. Sekiranya terdapat kandungan yang tidak konsisten antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
Menu
WhatsApp Kami
Daftar Sekarang
Tempah Sekarang