KONSEP

DIREKA UNTUK KEJAYAAN JANGKA PANJANG

Eco Business Park 3 menyediakan kemudahan perniagaan terbaik di lokasi strategik lintasan Asia Pasifik. Pembangunan perindustrian ini yang serba lengkap dengan keluasan 248 ekar di tengah Pasir Gudang, pusat perniagaan membangun di Iskandar Malaysia, menawarkan permulaan perniagaan baru dan tapak permulaan ideal untuk memasuki rantau berpotensi tinggi.

KONSEP PUSAT PERNIAGAAN
4-DALAM-1

Konsep ini menggabungkan konsep runcit, pejabat, ruang pameran dan gudang dalam satu bangunan bersinergi. Setiap unit mempunyai siliing tinggi dan pelan ruang terbuka yang boleh disesuaikan mengikut keperluan unik anda.

MEMASTIKAN KESEIMBANGAN KERJA-HIDUP.

Eco Business Park 3 terletak bersebelahan dengan Eco Tropics, sebuah pembangunan induk 244 ekar yang pesat membangun. Sebuah lagi projek EcoWorld, kawasan ini memberi peluang perumahan menarik dan kemudahan gaya hidup kepada pemilik, pengurusan dan kakitangan perniagaan di Eco Business Park 3

RUANG PAMERAN RUNCIT PERDANA.

Setiap unit di Eco Business Park 3 menawarkan ruang luas di hadapan untuk memberi kemudahan mempamerkan pelbagai jenis produk. Setiap unit juga dilengkapi dengan tempat letak kereta di samping tempat letak kereta awam yang disediakan untuk pelawat dan pelanggan. Jalan hijau khas untuk pejalan kaki memudahkan pergerakan sekitar kawasan ini dan menceriakan pengalaman membeli- belah.