KONSEP

PINTU KE PRODUKTIVITI

Konsep ruang mudah ubah EcoWorld yang unik menawarkan susunan boleh suai dan ruang berganda, yang boleh disuaikan mengikut daya cipta dan keperluan perniagaan anda. Ruang yang luas menggalakkan perkongsian penggunaan jadi anda boleh juga menggabungkan ruang pameran dengan pusat servis atau kedai elektronik dengan gudang.

KAWASAN HIJAU YANG DIKAWAL RAPI

Eco Business Park 2 direka untuk kelestarian, membolehkan perniagaan anda kekal hijau dan cekap untuk jangka masa panjang. Berbeza dengan taman perindustrian lain, ia juga berpagar dan berkawal, dan mempunyai, taman dan kemudahan rekreasi berpusat untuk memastikan suasana pekerjaan yang selamat dan seimbang.

PASPORT KE KOMUNITI GLOBAL

Eco Business Park 2 menawarkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti perniagaan global di Iskandar Malaysia termasuk Hershey, Panasonic, Dyson, Mitsubishi Electric, Seagate dan banyak lagi.

CIRI HIJAU PINTAR

Setiap unit dilengkapi dengan pelbagai ciri hijau pintar direka untuk mengurangkan penggunaan sumber asli serta tenaga dan meminimakan kesan tapak karbon, menjadikan Eco Business Park 2 sebuah taman perindustrian lestari untuk masa depan.

• Ruang hijau yang mencukupi untuk mengurangkan kesan haba
• Infrastruktur yang sedia untuk masa hadapan bagi mengurangkan kos jangka panjang
• Lampu jalan LED yang rendah tenaga untuk memudahkan penyelenggaraan
• Penuaian air hujan di setiap unit untuk menjimatkan air
• Ciri bangunan pasif untuk mengurangkan kos tenaga
• Tingkap tinggi dan bumbung jernih untuk pencahayaan semulajadi

SOLUSI PERNIAGAAN SETEMPAT ECO BUSINESS PARK

Eco Business Park Solusi Perniagaan Setempat adalah rangkaian perkhidmatan profesional yang direka untuk memastikan permulaan perniagaan anda adalah pengalaman yang menyenangkan.Kami akan melengkapkan permohonan berkaitan termasuk permulaan perniagaan, pra-penilaian dari Jabatan Alam Sekitar, lesen pembuatan dari MIDA, lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi hingga ke penyediaan inkubator perniagaan eksklusif (bilik mesyuarat sementara yang boleh digunakan oleh pemilik sebelum unit mereka siap) bersebelahan sebuah kafe, semua perkhidmatan yang anda perlukan, perunding kami sedia membantu.*

*Bergantung syarat dan terma.

METRIK UTAMA

Lokasi            : Flagship E-Senai-Skudai, Iskandar Malaysia

Jenis Hartanah : Servis, Kluster, Berkembar dan Kilang Rekakhas

Jenis Tanah        : Industri

Tempoh pajakan: Pegangan Bebas

Luas Pembangunan : 383 ekar

KEMUDAHAN BERHAMPIRAN